Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka

Monday, November 7, 2011

Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.



Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.



Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pengorbanan

Tahun ni tahun ke-2 beraya haji tanpa insan dikasihi disisi...sekejap masa berputar siang berganti malam, malam berganti siang..hari bersilih ganti, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..biler terdengar "labbaik Allahumma labbaik..."sayu sajer rasa hati ini..tahun lalu telah ku tunaikan rukun islam yg ke-5, kewajipan ku untuk dia..
Besar Sungguh erti perngorbanan buatku dan dia..hanya Allah yg Maha mengetahui ape yg tersirat..biarla ia terlipat kemas didalam sanubariku..Hanya pada Allah tempat tuk aku memohon pertunjuk, Hanya pada Allah tempat utk aku meluahkan isihati ku..bertapa hati ini amat merinduinya..Tidak mampu lagi aku mengungkap dengan kata2,Biar la mereka hanya melihat tawa dan senyuman ku...biarla hati yg tersirat ini hanya utuk diriku dan Allah yg lebih mengetahui...walaupun sesaat aku bersamanya dia tetap insan yg pernah membuatku tersenyum, tertawa, dan bahagia...
Aku tahu tidak akan ada kehidupan yg sempurna..aku sedar aku dikelilingi keluarga yg cukup membhagiakan..dan aku redha & pasrah kerna tak semua kehidupan itu indah sahaja..tp kenapa harus aku yg melaluinya..sedangkan terlalu byk pergorbanan, terlalu byk kubiarkan hati ini terluka kerna hanya utk bersamanya..
kenapa terlalu singkat ikatan yg dibina terlerai di tengah jalan..
Belum sempat utk aku bersolat berimam kan dia, belum sempat tuk aku menjejakkan kaki kerumah Allah bersama2 nya, Belum kesampaian hajat dihati tuk mengegelilingi Kaabah bersama2 nya...tp kasih putus di tengah jalan...
Apakah hikmah disebalik semua ini Ya Allah.. Apakah yg tersirat yg ingin kau berikan kan untuk aku & dia Ya Allah...Terlalu besar ujianMu Ya Allah..terlalu besar...

Bukan kerana harta, bukan kerana paras rupa, bukan kerana darjat..yg menjadi pilihan..tapi hati....

Ya Allah Engaku Ampunkan la Dosa-dosaku, Dosa suamiku, Engaku Terangi la Pusaranya dengan cahayaMu, Engkau Kurangkan la Seksaannya, Engkau Tempatkanla dia dikalangan orang2 yg beriman...Amin...