Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka

Tuesday, March 4, 2014

Mama

28.12.2013 menjadi detik yang mencemaskan bile menerima perkabaran mama xcident.. Ya Allah rasa lemah longlai badan bile diberitahu..Menggagahkan diri memandu menuju ke hospital..dalam perjalanan ke hospital aku lalu tempat mama xcident Ya Allah dengan keadaan kereta yag begitu bagaimanakah kedaaan mama..Setiba nya di hospital mama di tempatkan di Zon mErah (Zon kritikal) tak terlangkah kaki nak masuk melihat keadaan mama.. aku lalui lagi kegerunan masuk ke Emergency ward buat kali kedua2. Kali pertama semasa Arwah Syah (suami) aku meninggal .. Aku Di uji buat kali ke 2.. Ya Allah mama terbaring didepan aku dalam keadaan menahan sakit.Luka dilutut, kaki yang diabalut ke pasara peha, mulut yg berdarah..

Aku bertanyakan kedaan mama pada doktor disitu, kedaan mama stabil setakat ni rips patah 5 tulang pinggul. rsa  tak mampu nak berdiri saat doktor bagi tahu keadaan mama ketika itu.... berjurai airmata melihat kedaan mama yang selama ini menjadi tulang belakang kami   terbaring menahan sakit... dari pukul 11 mama di zon merah sehingga pukul 6.30 setelah doktor meneliti segala nya kedaan mama baru mama naik ke wad ortopedik 7F katil 15...

Tak mampu hati ini melihat kedaan mama ketika itu, kalau aku mampu tuk pindahkan segala kesakitan nya pada aku , aku lakukan demi insan yang melahirkan dan membesarkan aku..

dari 28.12.2013 mama di hospital serdang sesaat pun aku tidak penah meniggallkan nya Hospital serdang menjadi rumah ke2 aku..

tiap2 hari smpi pukul 2 3 pagi doktor pakar datang pantau kedaan mama....

29.12.2013 mama dibawa tuk wat Ct scan - alhamdulillah tiada pendarahan dalam atau luka2 dalaman 9 rips  patah ..hanya ada drh beku sikkit dia salurah drh ke paru2...

30.12.2013 doktor nak masuk kan sendi pinggul mama nak  gantng pemberat agar tak memendek (mengecut) pukul 6.30 pagi doktor datang . Dengan gerudi nak masuk pin ditumit mama tuk tarik kaki supaya tak memendek. Tdgar mama mengerang menahan sakit..aku tak mampu berada dekat tuk medgarnya..bila saat doktor nak betul kan tulang pinggul yang dah remuk ..aku tak mampu menhan airmata disaat mendengar jeritan mama menahan sakit....


13.01.2014 - date dah di ttpkan .. mama menjalani operation tuk masuk kat plate bg menggantikan tulang pinggul yang remuk 7..00 pagi sehinggan 3.50 ptg..baru mama klua dari bilik operation dan ditempatkan semnetara ke ICU tuk pantau kedaan paru n pernafasan mama..

alhamdulillah kedaan mama semakin pulih..semakin hari semakin ceria dan sihat

28.02.2014 mama dibenarkan klua hospital walaupun mama masih belum boleh berdiri hanya baring dan duduk dengan bantuan dan kerusi roda.. but semua nya ok..

12.03.14  mama first appoinment tuk scan hasil operation hari tu..hope semuanya ok..dan urat saraf di bhagian tulang pinggul akan ok..

sujud syukur aku mam dah kembali sihat sperti sedia kala...

Ya Allah Aku terima apa jua ujian mu dengan penuh redha..Amin Ya rabbalamin





Kau pemilik Cinta

Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....




Cinta Dan harapan

Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia



Janji Khalifah oleh Hijjaz

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah
Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semuanya
Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci
Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah
Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah
Sesungguhnya solatku, ibadahku dan matiku
Untuk Allah Tuhan sekalian alam