Mayat bayi perempuan ditemui tersangkut celah batu sungai
MAYAT bayi yang dijumpai dalam sungai berhampiran pusat beli-belah The Mall.KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui tersangkut di celah batu tepi Sungai Gombak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata bayi, yang sudah dipotong tali pusat, ditemui oleh seorang awam yang terlihat bayi itu ketika berada di stesen berkenaan pada jam 9 pagi ini. Beliau berkata, orang awam terbabit pada mulanya terlihat satu bungkusan seolah menyerupai anak patung terapung di celah batu di sungai berkenaan.
“Mengesyaki objek itu adalah bayi, orang awam terbabit memaklumkannya kepada polis.
“Sepasukan anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul yang dikejarkan ke tempat itu kemudian membawa keluar bayi malang itu dari celah batu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, mayat bayi itu dipercayai dicampak dari tempat lain sebelum dihanyutkan di sungai berkenaan.
“Kita sehingga kini masih menyiasat segala kemungkinan yang ada termasuk mengalu-alukan sebarang maklumat dari saksi kejadian bagi membolehkan kita mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan itu,” katanya.
Katanya, polis juga sedang menyiasat sama ada bayi berkenaan sudah meninggal dunia sebelum atau selepas dibuang ke dalam sungai.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
*** kenapa la manusia sekarang langsung dah tak ada perasaan perikemanusian...kalau tak nak pun kat bayi tu anta la kat mana2 yg boleh org lain jaga...dah la buat kesilapan berzina,dan sebagainyer sehingga melahirkan anak luar nikah. Ini pulak siap MEMBUNUH sekali bayi tersebut...tak rasa berdosa ker! tak rasa bersalah ker! cuba la kita pk, kalau la ibu kita buat kat kita mcm tu aper kita rasa???? Nilai agama dalam diri manusia makin lama makin tak ada langsung? nak salah kan siapa? Bertindak sebegitu seolah-olah rasa diri tu akan hidup lebih lama kat dalam dunia ni..sedangkan Tuhan tu nak amik nyawa kita emmmm tgh menari, tgh minum , tgh mandi, tgh memandu, tgh bersuka ria pun Tuhan boleh amik nyawa kita SEBAB Kita tak tahu bile AJAL kita....sempat ker nak bertaubat! sempat ke nak muhasabbah diri..
Makin menjadi2 gejala buang anak, anak2 kecil yg tak berdosa yg diamanahkan tuhan pada kita, kita sia2kan..Kenapa la perempuan skang tak reti nak menilaikan maruah diri..begitu murah letak kan maruah diri, sanggup buat aper sajer demi Kekasih dan Cinta...akhirnye bile tak diperlukan bersepah mcm bangkai bernyawa...susah sangat ker nak jaga Maruah diri..supaya tak dicerobohi...Knp la manusia jadi begini? knp ????
Tuesday, May 31, 2011
Thursday, May 26, 2011
Sepetang bersama teman-teman pejabat

Location: Priuk Steamboat
Date: 20.05.2011
Time: 06.00 am - 8.00 pm
Celebrate Besday Office Mate- January 2011 until May 2011

Meriah sungguh cuma tak cukup korum jer....ada yg tak dapat datang last minit

Pelbagai jenis makanan..larat ngan tak larat jer nak makan..dalam banyak-banyak makanan nasi goreng, chicken wing ngan metch patato yg sedap..lain2 biase jer...

Meraikan ari jadi mereka

Terima kasih tuk kaknisa yg membawa kami....

The only me.....
Monday, May 2, 2011
Setahun Sudah Berlalu
Tanggal 4.05.2010 adalah hari terakhir aku melihat wajahnya, mendengar suaranya memanggil namaku, menerima sms nya & ari terakhir aku melambai pada nyer..dia pergi dan terus tidak kembali..hanya jasad nyer terbujur kaku yg dapat ku ratapi sehingga keesokan harinya...tiada lagi senyumannya, tiada lagi hilai ketawanya,tiada lagi gurau sendanya menyerikan siang & malam hidupku..masih tergiang-gaing suaranya memanggil namaku, masih segar diigatan lambaian tangan nyer tuk ke tempat kerja, masih segar diigatanku panggilan telifon ku dijawab oleh pekerja hospital, masih utuh dimataku jasad nyer kaku sejuk dikatil hospital,masih terngiang di telinga ku tangisan keluarga, sahabat taulan yg datang dari merata-rata tempat...meratapi pemergiannya...
Sudah tertulis suratan dan takdir kami, aku pasrah walaupun perit tuk aku terima, walaupun berat bahu utk aku pikul, namun aper daya ku untuk menidakkan qadar & qadar Tuhan..Hanya doa yg mampu keutuskan tanda penyambung kasih utuknya..Hanya doa yg mampu kuberikan tanda terima kasih diatas pengorbananya..Andai aku di beri pilihan aku sanggup lakukan aper sajer untuk nya..walaupun terpaksa melalui kesusahan yg berliku..tp apakan daya kuasa Tuhan..hanya Dia yg tahu aper yg tersirat disebalik setiap kejadian..
Kini setahun sudah masa berlalu, hanya kenangan yg masih segar dalam ingatan,Andai dia jodohku, andai dia tercipta untukku, Engkau ketemukanlah kami diakhirat nanti...
Sudah tertulis suratan dan takdir kami, aku pasrah walaupun perit tuk aku terima, walaupun berat bahu utk aku pikul, namun aper daya ku untuk menidakkan qadar & qadar Tuhan..Hanya doa yg mampu keutuskan tanda penyambung kasih utuknya..Hanya doa yg mampu kuberikan tanda terima kasih diatas pengorbananya..Andai aku di beri pilihan aku sanggup lakukan aper sajer untuk nya..walaupun terpaksa melalui kesusahan yg berliku..tp apakan daya kuasa Tuhan..hanya Dia yg tahu aper yg tersirat disebalik setiap kejadian..
Kini setahun sudah masa berlalu, hanya kenangan yg masih segar dalam ingatan,Andai dia jodohku, andai dia tercipta untukku, Engkau ketemukanlah kami diakhirat nanti...
Subscribe to:
Comments (Atom)