Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka

Thursday, February 28, 2013

Ikan Di Laut Asam Di Darat


Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh

Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur
Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur
Kalau turut makrifat iman
Tidakkan air mungkin bercantum
Kalau turut makrifat iman
Tidakkan air mungkin bercantum

Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bikin mufakat
Dalam periuk bikin mufakat
Mufakat


Sunday, February 24, 2013

Pasrah segalanya

Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci



Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui aper yang berlaku......









Tuesday, February 19, 2013

Salam Terakhir


Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
BersamaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Saturday, February 2, 2013

Kisah Mereka

aku terpanggil utk mencoretkan  kehidupan mereka bukan niat utk memalukann sesiapa tapi sekdar pesana buat diri ku...

Syawal yg lalu, adalah syawal yg terakhir buat mereka bersama insan yg melahirkan mereke, perginya seorang ibu menemui PenciptaNYa..

Tergamam aku mendengar perkabaran yg mendukacitakan itu. pertemuan pada bulan ramdhan lalu adalah pertemuan aku yg terakhir buat insan tersebut..setelah itu kami jarang lagi bertemu muka kerana kesibukan kerja ku dan arwah..

Sayu hati bile mendengarnya, mgkn kerana aku penah kehilangan org yg dikasihi, maka aku tahu rasa nya utk menerima ketentuan Illahi ini. Bukan senang utk meredhakan pemergian seseorang yg dekat dengan kita terutamanya Ibu sendiri. Dulu rumah itu setiasa bergelap kerana mereka berhijrah keselatan tanah air. Bile hari raya sahaja dan waktu cuti sekolah mereka kembali kesini. Walaupun gelap tapi masih ada cahaya yg menyinari rumah itu. Tapi sekarang setiap kali aku pulang dari tempat kerja atau kemana saja aku pergi pasti mata ini ditarik2 iutk menatapi rumah itu. Walaupun mereka sudah kembali tinggal dirumah tersebut, walaupun rumah itu dilimpahi cahaya tapi masih kelihatan suram, lesu & terasa penghuni didalam rumah tersebut dalam kesedihan.

Bagaimana la mereka menghadapi hari2 tanpa ibu disisi,  mereka masih terlalu muda utk harungi
semua liku2 kehidupan yg memeritkan..Bile menatapi wajah mereka hati menjadi sayu dan dengan sendirinya airmata aku mengalir..

Harap mereka kuat utk meneruskan kehidupan tanapa ibu disisi...

Ayah??? dimana kah ayah mereka...ada bersama mereka, menguruskan sekolah, Makan utk mereka..

Tapi  tanpa diduga, belum pun sampai 100 hari pemergian insan ini, emmm si ayah sudah benikah kembali..

sekarang si ayah sibuk menguruskan rumahtangganya yg baru..hanya balik menjenguk anak2, 2 3 kali seminggu.. kadang-kadang balik petang tgh malam dah keluar balik..Anak2 dijaga oleh ibu saudara yg datang pada hari Isnin sampai Jumaat, hujung minggu pulang kerumahnya sendiri..

Anak yg sulung menuntut di unversiti, yg No. 2, tingkatan 5, seusia adik ku yg last sekali, dan mereka berkawan baik, adik yg kecil sekali baru naik sekolah menengah tapi adik yg kecik sekali adalah anak kurang upaya..

Aper yg lebih perit utk aku lihat kehidupan seharian mereka ialah..

si kakak dah ke universiti, mmg jarang ada dirumah, yg tinggal dirumah anak yg ke 2 & 3. Nak harap kan adik yg kecik utk uruskan rumah tak mungkin.

So anak yg ke 2 la menguruskan rumah sendiri, tanpa ayah yg sibuk berkerja & isteri baru..

Kalau hujung minggu aku pasti melihat dia membasuh baju sekolah dia & adiknya, baju seharian mereka, jemur baju, dan menyapu. kadang baju di jemuran dari pagi sampai kepagi baru di angkat..emmm budak lelaka yg berusia 17 tahun nak diharapkan uruskan rumah. Memang kejam la si ayah.. lagi kejam Si ayah, bile mereka hanya tinggal berdua saja tanpa orang dewasa didalam rumah..Si Ayah biase la ker rumah lain. Makcik hujung minggu tak ada, balik kerumah sendiri, tinggal la mereka berdua..Kadang dia memanggil adik ku, ajak teman pegi beli makanan utk makan malam atau tengah hari. Hari2 makan makanan kat luar entah berkhasiat ker tidak, Pada mereka janji kenyang.. Manalah Si Ayah, Kenapa Si Ayah sebegitu..

Kalau orang lain yg melihat pun boleh mengalirkan airmata Inikan Ayah.. tak ada perasaan ker dia meninggalkan anak2 ditengah2 malam utk bersama isteri baru..

Tenang ker Roh Ibu melihat anak2 sebegitu?

Ya Allah, semoga mereka tabah, Semoga mereka tidak hanyut, Engkau Lindungi la mereka..











Trafiic Jem

13 disember 2012

seperti biase aku pi kerja..ari kerja la katakan.. laluan aku ari ni adalah highway besraya..Sampai jer dekat bangna Sapura dah start jem..emmmpahal la pulak nie..antara 2..smart tunner tutup atau xcident..nk kata smart tunner tutup semlam nya x hujan  pun...mungkin x cident...lepas jer bayar tol..tgk2 rupa nye bukan sbb xcident tapi disebabkan oleh kereta kelisa. Kereta kelisa tu rosak dan dinaiki oleh dua org wanita...dari lane kanan nak tolak kereta smpi lane emergency ...bayangkan baper jauh..kesian tgk dorang menolak kete tersebut tak ada saper pun nk tolong especially kaum2 adam yg gagah perkasa nie...masing berpusu mengelak kereta mereka dan berlalu utk ke destinasi masing2..eventhough Tol punya kakitangan pun x ada yg nak membantu mereka....kesian dorang..

zaman skunk.. engkau engkau , aku aku..hal masing2 tanggung sendiri...aku nk tolong x mampu la kot hanya berhentikan kerete bagi laluan utk mereka dan meyekat laluan tu utk moto lalu kalau tak ada pulak moto yg cium kerete kelisa tu....x pasal2 ada pulak yg terbang melayang sbb masing laju nak ke tempat keje agak nya...