Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka

Wednesday, March 16, 2011

SEKADAR BERKONGSI ILMU & INFO

HUKUM TERTINGGAL DOA QUNUT

Membaca doa qunut adalah sunat muakkad. Jika ia tertinggalnya (mazhab syafie)maka ia dikira tercela. perlu digantikan dengan sujud sahwi.

Tiada sebarang nas yang melarang solat subuh jika tiada doa qunut. Sebaliknya, solat subuh tanpa doa qunut adalah sah namun kurang sifatnya. Manakala hikmah doa qunut banyak faedahnya. Antaranya ia dapat memperkukuhkan akidah dan juga membuka pintu rezeki.


MATA KERAP BERKELIP

Fenomena kelopak mata berkelip secara kerap dan berulang kali sebenarnya bukanlan suatu petanda yang baik. ini kerana ada kemungkinan individu terbabit sedang menghidap distonia.

Kehadiran distonia menyebabkan berlaku pengecutan ataupun kontraksi pada ototnya. Ini boleh membuatkan individu terbabit kaku ketika sedang melakukan sesuatu.

Terdapat pelbagai faktor pengundang distonia. Antaranya termasuklah kekurangan oksigen ke otak yang boleh terjadi sama ada semasa lahir ataupun kemudian. Selain itu, penyakit parkinson, sklerosis multipel, strok dan ketoksidan yang berpunca daripada pengumpulan tertentu mampu menyebabkan distonia. Dikalangan pesakit kronik pula, kemunculan distonia turut berkait dengan faktor genetik.

No comments:

Post a Comment