Mayat bayi perempuan ditemui tersangkut celah batu sungai
MAYAT bayi yang dijumpai dalam sungai berhampiran pusat beli-belah The Mall.KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui tersangkut di celah batu tepi Sungai Gombak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata bayi, yang sudah dipotong tali pusat, ditemui oleh seorang awam yang terlihat bayi itu ketika berada di stesen berkenaan pada jam 9 pagi ini. Beliau berkata, orang awam terbabit pada mulanya terlihat satu bungkusan seolah menyerupai anak patung terapung di celah batu di sungai berkenaan.
“Mengesyaki objek itu adalah bayi, orang awam terbabit memaklumkannya kepada polis.
“Sepasukan anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul yang dikejarkan ke tempat itu kemudian membawa keluar bayi malang itu dari celah batu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, mayat bayi itu dipercayai dicampak dari tempat lain sebelum dihanyutkan di sungai berkenaan.
“Kita sehingga kini masih menyiasat segala kemungkinan yang ada termasuk mengalu-alukan sebarang maklumat dari saksi kejadian bagi membolehkan kita mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan itu,” katanya.
Katanya, polis juga sedang menyiasat sama ada bayi berkenaan sudah meninggal dunia sebelum atau selepas dibuang ke dalam sungai.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
*** kenapa la manusia sekarang langsung dah tak ada perasaan perikemanusian...kalau tak nak pun kat bayi tu anta la kat mana2 yg boleh org lain jaga...dah la buat kesilapan berzina,dan sebagainyer sehingga melahirkan anak luar nikah. Ini pulak siap MEMBUNUH sekali bayi tersebut...tak rasa berdosa ker! tak rasa bersalah ker! cuba la kita pk, kalau la ibu kita buat kat kita mcm tu aper kita rasa???? Nilai agama dalam diri manusia makin lama makin tak ada langsung? nak salah kan siapa? Bertindak sebegitu seolah-olah rasa diri tu akan hidup lebih lama kat dalam dunia ni..sedangkan Tuhan tu nak amik nyawa kita emmmm tgh menari, tgh minum , tgh mandi, tgh memandu, tgh bersuka ria pun Tuhan boleh amik nyawa kita SEBAB Kita tak tahu bile AJAL kita....sempat ker nak bertaubat! sempat ke nak muhasabbah diri..
Makin menjadi2 gejala buang anak, anak2 kecil yg tak berdosa yg diamanahkan tuhan pada kita, kita sia2kan..Kenapa la perempuan skang tak reti nak menilaikan maruah diri..begitu murah letak kan maruah diri, sanggup buat aper sajer demi Kekasih dan Cinta...akhirnye bile tak diperlukan bersepah mcm bangkai bernyawa...susah sangat ker nak jaga Maruah diri..supaya tak dicerobohi...Knp la manusia jadi begini? knp ????
No comments:
Post a Comment